Monthly Archives: October 2017

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN HARI SUKAN NEGARA 2017

SKTM Jumaat 13.10.2017

Sambutan Hari Kanak-kanak 2017 disambut serentak dengan sambutan Hari Sukan Negara 2017 bagi mempelbagaikan acara yang dilaksanakan. Seperti tahum-tahun sebelumnya, acara senamrobik berirama mendahului acara-acara lain dan diikuti dengan beberapa acara lain iaitu sukaneka, pertandingan bola tampar dan pertandingan sepak raga ratus. Pada sambutan itu juga, anak-anak SKTM turut diberi jamuan oleh guru-guru sebagai meraikan sambutan Hari kanak-kanak yang disambut setiap tahun.

galeri foto 1

galeri foto 2

KARNIVAL USAHAWAN CILIK POST UPSR 2017

SKTM Rabu 11.10.2017

Karnival Usahawan Cilik Post UPSR 2017 berlangsung penuh meriah serta mencapai objektif perlaksanaanya. Karnival Usahawan Cilik Post UPSR 2017 merupakan salah daripada program yang dirancang di bawah program post UPSR bertujuan mendedahkan anak-anak tahun 6 kepada ilmu perniagaan dan usahawan. Melaluinya anak-anak tahun 6 dengan bimbingan guru dan ibu-bapa mengadakan gerai jualan dengan modal yang disediakan. Namun sambutan yang diberikan oleh warga SKTM dan ibu-bapa diluar jangkaan sehingga kesemua jualan mencapai tahap yang membanggakan. Sebelumnya, satu sesi ceramah Pendidikan Awal Remaja telah disampaikan oleh Dr.Mohd Raffi b. Adnan daripada Klinik Kesihatan Teluk Medan. Beliau menyampaikan beberapa tips untuk menghadapi zaman remaja merangkumi perubahan rohani dan jasmani serta perubahan emosi.

LIHAT FOTO KARNIVAL

PELANCARAN ‘PEERS’ PRASEKOLAH 2017

SKTM Isnin 09 Oktober 2017

Program Pendidikan Reproduktif dan Sosial Prasekolah disempurnakan majlis pelancarannya oleh Pn.Norazani bt. Mahamad, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau berharap agar anak-anak SKTM menyedari bahawa keselamatn diri perlu dijaga bagi mengelakkan ancaman penderaan seksual kanak-kanak dengan melaporkan segala kejadian kepada guru dan ibu-bapa. Beliau juga berpesan agar anak-anak SKTM memilih rakan-rakan yang tidak mendorong kepada melakukan salah laku berkaitan perkara di atas. Menurut beliau lagi, program itu menjadi satu daripada usaha pihak KPM untuk memberi pendedahan kepada murid prasekolah bagi mengelakkan diri mereka menjadi mangsa jenayah seksual.Melalui program itu murid akan didedahkan kepada jenis sentuhan tidak selamat dan tidak selesa yang dapat membantu mereka mengenal pasti keadaan dan seterusnya melaporkannya kepada ibu-bapa atau guru. Pada majlis tersebut juga, Pn.Norazani Mahamad turut menyampaikan hadiah kepada anak-anak SKTM yang menyertai Kejohanan Boling Tenpin di Ipoh minggu lalu.

LIHAT FOTO PELANCARAN