Monthly Archives: December 2017

PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH 2018

SKTM Jumaat 29.12.2017
Majlis Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Prasekolah KPM 2018 berlangsung seperti yang dirancang. Pada majlis tersebut ibu-bapa yang hadir diberikan taklimat tentang Misi Visi SKTM 2018 dan beberapa agenda serta perubahan dalam dasar pendidikan terkini. Taklimat disampaikan oleh En.Mohd Kamal b. Sabri, Penolong Kanan Pentadbiran SKTM. Pada majlis tersebut juga, beliau melancarkan Program Transisi Sekolah 2018. Majlis diakhiri dengan acara ‘ice-breaking’ yang dipimpin oleh Cikgu Shahrizal dan beberapa orang guru lain.
( LIHAT FOTO )