Monthly Archives: February 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 DAN PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2018

SKTM Sabtu 24.02.2018

Mesyuarat Agung PIBG SKTM Kali Ke-38 disempurnakan perasmiannya oleh En.Mohd Musa b. Panjang Ahmad, YDP PIBG SKTM. Dalam ucapannya, beliau berharap ibu-bapa akan sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah demi merealisasikan program kecemerlangan sekolah untuk anak-anak SKTM. Sebelumnya, Penasihat PIBG Pn.Norazani Mahamad memberi beberapa penjelasan berkaitan Visi dan Misi SKTM serta dasar-dasar KPM khususnya berkaitan pentaksiran baharu yang mengambilkira bukan sahaja pencapaian akademik tetapi juga melibatkan PAJSK dan Psikometrik. Pada Mesyuarat Agung PIBG SKTM Kali Ke-38, beberapa usul telah dibahaskan yang antaranya berkaitan keselamatan murid, yuran tambahan sekolah dan program peningkatan akademik anak-anak SKTM. Pada majlis tersebut juga, pihak sekolah menyerahkan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2018 yang disampaikan oleh ketua-ketua kampung daripada 8 buah kampung berhampiran. Majlis turut diserikan dengan persembahan murid-murid tahun 6 SKTM.

( LIHAT FOTO )

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA BERSAMA WARGA PENDIDIK SKTM 2018

SKTM Sabtu 10.02.2018

Majlis Permuafakatan Ibu bapa bersama Warga Pendidik SKTM 2018 dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Al-fadhil Ustaz Omar Sabri. Program melibatkan ibu bapa murid tahun 6 dan warga pendidik SKTM. Pada majlis tersebut, satu ceramah motivasi keibubapaan turut dilaksanakan disampaikan oleh En.Mohd Naufal b. Aziz, Kaunselor Organisasi PPD Kerian. Dalam ceramahnya, beliau memberikan beberapa tips penting bagi melahirkan anak-anak yang gemilang pada abad 21. Pada majlis tersebut juga, Pn.Norazani Mahamad, Guru Besar SKTM membentangkan pencapaian semasa anak-anak tahun 6 dengan menekankan TOV dan target pencapaian PPSR 2018 yang mengambil kira pencapaian di dalam PAJSK dan Psikometrik. Majlis diakhiri dengan ikrar oleh anak-anak tahun 6 dan sesi dialog ibu bapa yang hadir dengan guru-guru khususnya guru-guru tahun 6.

( lihat foto )