Daily Archives: February 6, 2018

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM PSS 2018

SKTM Isnin 05.02.2018

Majlis Pelancaran Program NILAM PSS 2018 SKTM disempurnakan oleh Pn.Norazani Mahamad, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau berharap budaya membaca akan menjadi budaya utama warga SK Teluk Medan kerana membaca merupakan jambatan utama bagi memperoleh apa sahaja ilmu di muka bumi ini. Sebelumnya, Pn.Harina Zaniol menyampaikan taklimat ringkas berkaitan Program NILAM Tambah Baik dengan menekankan beberapa aspek pembacaan yang melibatkan bahan buku dan bahan bukan buku serta ganjaran yang bakal diperolehi melalui catatan di dalam Buku NILAM. Pada majlis tersebut juga, Pn.Norazani Muhammad turut menyampaikan watikah perlantikan kepada 40 orang Pengawas Pusat Sumber 2018.

( LIHAT FOTO )