Monthly Archives: March 2018

PELANCARAN BULAN ANTI DADAH (PPDa) 2018

 

SKTM Isnin 26.03.2018

Majlis Pelancaran Bulan Anti Dadah (PPDa) SKTM 2018 dimulakan dengan ucapan Pengarah Anti Dadah Kebangsaan yang dibacakan oleh Pn.Juliana Che Dollah, PK HEM SKTM. Salam teks ucapannya, beliau berharap dengan tema ” Komuniti Kita Tanggung Jawab Kita ” akan menyedarkan masyarakat bahawa tugas membenteras penagihan dadah tidak hanya dipikul oleh pihak kerajaan sahaja malahan semua pihak bertanggungjawab perlu bekerjasama bagi melahirkan generasi Malaysia yang bebas dadah. Sebagai gimik pelancaran, Guru Besar SKTM bersama guru-guru Penolong Kanan menurunkan tanda tangan pada sehelai baju sebagai tanda sokongan program PPDa sekolah. Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar bersama membenteras dadah oleh warga SKTM dan diakhiri dengan menyanyikan lagu ” Belia Benci Dadah “.

( lihat foto )

MAJLIS PELANCARAN #TANDASKU SAYANG

SKTM Isnin 5Mac 2018.

Berslogankan #Tandasku Sayang, Kempen Kebersihan dan Keceriaan Tandas SKTM dilancarkan oleh En.Mohamad Kamal b. Sabri, PK Pentadbiran SKTM. Pada majlis pelancaran tersebut, guru-guru dan murid berikrar akan bersama-sama menjaga kebersihan dan keceriaan tandas SKTM bagi keselesaan pengguna. Pada majlis tersebut juga, Pn.Juliana bt. Che Dollah, PK HEM mengumumkan SKTM telah dipilih untuk mewakili daerah Kerian bagi kategori Tandas Bersih dan Ceria 2018. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada murid yang mencapai kejayaan cemerlang dalam pertandingan sepak takraw dan badminton MSSD Kerian 2018.

( lihat foto )

MAJLIS TILAWAH, HAFAZAN DAN BERCERITA DARI AL-QURAN SR ZON BAGAN SERAI 2018

SKTM Selasa 28.02.2018

Majlis Tilawah, Hafazan dan Bercerita dari Al-Quran (MTQ) Sekolah Rendah Zon Bagan Serai berlangsung di SK Teluk Medan. Pada majlis tersebut peserta-peserta dari sekolah rendah Zon Bagan Serai mengambil bahagian dalam kategori yang dipertandingkan bagi memilih wakil yang akan bertanding pada peringkat daerah Kerian. Majlis penutupan MTQ SR Zon Bagan Serai disempurnakan oleh Tn.Hj.Mazalani b. Abdul Muhaini, Timbalan PPD Kerian. Dalam ucapannya beliau mengucapkan syabas kepada para peserta yang mendapat tempat pada MTQ tersebut dan tingkatkan usaha untuk meraih kejayaan di peringkat daerah Kerian. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi majlis tersebut.

( GALERI FOTO )

( GALERI FOTO 2 )

( GALERI FOTO 3 )