Monthly Archives: July 2018

DIALOG PRESTASI PEP.PERTENGAHAN TAHUN 2018

SKTM Sabtu 14.07.2018

Dialog Prestasi merupakan antara program kecemerlangan kurikulum yang dilaksanakan setiap kali selepas peperiksaan berlangsung. Dialog Prestasi PPT 2018 dimulakan dengan pembentangan keputusan PPT anak-anak tahun 6 yang disampaikan oleh Pn.Norazani Mahamad, Guru Besar SKTM. Dalam pembentangannya, beliau turut menekankan pencapaian PAJSK dan Psikometrik yang akan diambilkira dalam peperiksaan UPSR nanti. Pada majlis tersebut, ibu bapa yang hadir untuk mengambil keputusan PPT anak-anak mereka berpeluang untuk berbincang dengan guru-guru akan kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka untuk diambil tindakan.

LIHAT FOTO

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 1439H/2018

SKTM 26 SYAWAL 1439H – 10 JULAI 2018

Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri 1439H SKTM berlangsung penuh meriah dan ukhuwah. Anak-anak SKTM yang hadir berpakaian seperti hari raya menyerikan lagi majlis sambutan. Pelbagai juadah disediakan bagi meraikan anak-anak SKTM serta ibu-bapa yang dijemput hadir pada majlis berkenaan. Turut sama memenuhi jemputan ialah beberapa orang guru daripada kelompok 4 Kerian. Majlis turut diserikan dengan persembahan anak-anak Tahun 4 dan 5 SKTM.

LIHAT FOTO