Monthly Archives: May 2019

PELANCARAN ‘IHYA RAMADAN 1440H/2019

SKTM Jumaat 27 Syaaban 1440H

Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan 1440H disempurnakan oleh En. Rosli Abdullah, PK Kokurikulum. Sepanjang program tersebut beberapa acara telah disusun dan akan dilaksanakan. Antaranya ialah Tadarus Al-Quran, Hafazan Surah Al-Mulk, Pertandingan Azan, Bercerita, Mewarna dan Hafazan. Manakala program iftar bersama anak yatim dan asnaf akan berlangsung pada 18 Ramadan melibatkan 80 orang murid bersama penjaga. Mereka turut menerima sumbangan beras fidyah daripada Baitulmal Bagan Serai dan individu tertentu.

SAMBUTAN HARI GURU 2019

SKTM Selasa 30.04.2019

Bertemakan ” KEMBARKU ” Majlis Sambutan Hari GURU 2019 peringkat sekolah dilaksanakan lebih awal daripada tarikh sebenar bagi membolehkan Program ‘Ihya Ramadan SKTM dilaksanakan pada bulan Ramadan.