Author Archives: sktmbgsr

MALAM APRESIASI MURID TAHUN 6 DAN RAMAH MESRA IBU BAPA DENGAN WARGA SKTM 2018

BUKIT MERAH LAKE TOWN Jumaat 23 November 2018.

Malam Apresiasi Murid Tahun 6 dan Ramah Mesra Ibu bapa dengan Warga SKTM berlangsung di Dewana Sebarau, Bukit Merah Lake Town. Majlis berlangsung penuh meriah dan ukhuwah dengan kehadiran anak-anak tahun 6 bersama ibu-bapa mereka. Majlis disempurnakan perasmiannya oleh Tn.Hj.Nordin b. Tahir, Pegawai SIP+ PPD Kerian yang hadir bersama Tn.Hj.Johari b. Saman Pegawai Angkat SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah atas penganjuran majlis yang penuh gilang gemilang dan luar biasa. Beliau berharap agar kerjasama antara ibu bapa dengan warga SKTM diteruskan bagi merealisasikan misi dan visi pendidikan anak-anak SKTM. Pada malam itu, adik Hasnul Izhar telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid SKTM 2018. Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan oleh murid-murid SKTM dan cabutan bertuah.

galeri foto 1

galeri foto 2

MAJLIS APRESIASI, KONVOKESYEN PRASEKOLAH DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2018

SKTM Rabu 21.11.2018
Majlis Apresiasi, Konvokesyen Prasekolah dan Khatam Al-Quran 2018 dijalankan serentak bagi memeriahkan lagi program tahunan tersebut. Majlis tersebut disempurnakan oleh En.Abd.Malik b. Abd.Latif, Pegawai Khas kepada YB En.And.Yunus b. Jamahri, Exco Kemudahan Awam, Insfrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri Perak yang tidak dapat hadir. Dalam ucapannya, beliau berharap agar kerjasama lebih erat antara komuniti dan guru-guru bagi merealisasikan misi dan visi pendidikan. Pada majlis tersebut, lebih 200 murid yang mencapai pencapaian tahap minima pada PAT 2018 dihargai manakala 80 orang murid khatam Al-quran dan 50 murid Prasekolah SKTM menerima sijil tamat prasekolah. Turut hadir pada Majlis Apresiasi, Konvokesyen Prasekolah dan Khatam Al-Quran 2018 ialah Tn.Hj.Mustafa b. Hj.Abidin, Penolong PPD Menengah. Pada majlis tersebut juga, Nurin Ain Najihah bt. Mohd Fauzi telah dicanang sebagai Tokoh Akademik 2018 manakala Muhammad Syafiq Azam b. Dzulkifli Tokoh Kokurikulum dan Muhammad Ezry Haziq b. Ahmad Sayuti Tokoh Sahsiah SKTM 2018

galeri foto 1

galeri foto 2

Khatam Al-Quran