Category Archives: AM

PERLANTIKAN PEMIMPIN MURID 2018

SKTM Isnin 22.01.2018

Perhimpunan Mingguan minggu ke-4/2018 diisi dengan Majlis Perlantikan dan Penyerahan Watikah kepada Pemimpin Murid 2018. Majlis disempurnakan oleh Pn.Norazani bt. Mahamad, Guru Besar SKTM. Bagi tahun 2018, seramai 34 orang murid daripada kalangan murid tahun 3 hingga telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah. Pada majlis tersebut juga, Pn.Norazani turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Merentas Desa SKTM yang telah berlangsung pada hari Rabu 17 Januari 2018 lalu. Beliau turut melancar Program Mentor Mentee 2018 serta menyerahkan fail perlaksanaan program kepada guru kelas yang mengetuai kelas masing-masing.

( lihat foto )

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018

SKTM Rabu 17.01.2018

Kejohanan Merentas Desa SKTM 2018 berlangsung mulai jam 3.30 petang. Meskipun cuaca agak panas namun ia tidak melunturkan semangat anak-anak SKTM menyertai kejohanan tersebut. Seperti tahun-tahun lalu, trek bagi merentas desa tidak berubah iaitu melalui Parit Gabis Bawah dan kembali ke sekolah. Pada kejohanan tersebut, Mohamad Syafiq Azam daripada Rumah Hijau mengekalkan kejuaraan yang disandangnya pada tahun lalu. 5 orang peserta bagi setiap kategori akan mewakili SKTM pada Kejohanan Merentas Desa MSSD Kerian yang bakal diadakan pada bulan Februari.

( lihat foto )