Category Archives: BIMBINGAN

AMBANG RAMADHAN 1439H

SKTM ISNIN 28 SYAABAN 1439H,

Majlis Ambang Ramadhan 1439H disempurnakan oleh Pn.Norazani Mahamad, Guru Besar SKTM. Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan bungkusan kurma kepada ketua-ketua kelas untuk diagih-agihkan kepada ahli kelas masing-masing. Sebelumnya Ustaz Salahuddin Sahidin menyampaikan tazkirah ringkas berkaitan puasa Ramadhan kepada murid-murid SKTM. Manakala Pn.Hjh.Normala Hussin, Ketua Panitia Pend.Islam memberikan taklimat berkaitan Program Ihya Ramadhan SKTM 2018. Antara program yang dirancang dan bakal dilaksanakan ialah Pertandingan Hafazan, Tilawah, Tadarus, Bijak Jawi dan Kuiz Ramadhan Frog VLE. Pada penutup majlis tersebut, murid-murid diedarkan jadual imsak dan berbuka puasa 1439H

( Lihat Foto )