Category Archives: BIMBINGAN

MAJLIS APRESIASI, KONVOKESYEN PRASEKOLAH DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2018

SKTM Rabu 21.11.2018
Majlis Apresiasi, Konvokesyen Prasekolah dan Khatam Al-Quran 2018 dijalankan serentak bagi memeriahkan lagi program tahunan tersebut. Majlis tersebut disempurnakan oleh En.Abd.Malik b. Abd.Latif, Pegawai Khas kepada YB En.And.Yunus b. Jamahri, Exco Kemudahan Awam, Insfrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri Perak yang tidak dapat hadir. Dalam ucapannya, beliau berharap agar kerjasama lebih erat antara komuniti dan guru-guru bagi merealisasikan misi dan visi pendidikan. Pada majlis tersebut, lebih 200 murid yang mencapai pencapaian tahap minima pada PAT 2018 dihargai manakala 80 orang murid khatam Al-quran dan 50 murid Prasekolah SKTM menerima sijil tamat prasekolah. Turut hadir pada Majlis Apresiasi, Konvokesyen Prasekolah dan Khatam Al-Quran 2018 ialah Tn.Hj.Mustafa b. Hj.Abidin, Penolong PPD Menengah. Pada majlis tersebut juga, Nurin Ain Najihah bt. Mohd Fauzi telah dicanang sebagai Tokoh Akademik 2018 manakala Muhammad Syafiq Azam b. Dzulkifli Tokoh Kokurikulum dan Muhammad Ezry Haziq b. Ahmad Sayuti Tokoh Sahsiah SKTM 2018

galeri foto 1

galeri foto 2

Khatam Al-Quran

HARI KEUSAHAWANAN 2018

SKTM Sabtu 10.11.2018

SKTM sekali lagi menjadi tumpuan komuniti Teluk Medan bagi bersama memeriahkan lagi program Hari Keusahawan 2018. Program dianjurkan bagi mendedahkan kepada anak-anak tentang dunia perniagaan disamping mengeratkan silaturrahim antara warga SKTM dengan komuniti setempat. Antara acara yang diadakan ialah jualan makanan, pakaian terpakai, pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan, pertandingan Ratu Kucing, memanah, reka cipta, Haunted House dan permainan dart. Pada program tersebut lebih RM 7000.00 telah berjaya dikumpul. Kesemua kutipan dimasukkan ke dalam Tabung PIBG bagi membiayai program peningkatan sekolah kerjasama PIBG.

Galeri Foto 1

Galeri Foto 2

Galeri Foto 3