KWAMP 2015

kwamp

SOFIAN_zpsabd6a09dSKTM Khamis 26.03.2014

Majlis Penyampaian KWAMP dan e-Kasih peringkat SK Teluk Medan berlangsung mulai jam 1.00 petang di kantin SKTM. Seramai 103 orang murid SKTM terpilih untuk menerima KWAMP manakala 6 orang menerima bantuan dibawah program e-Kasih. Sumbangan disampaikan oleh En.Mohd Sofian b. Ahmad, PK HEM SKTM bersama Pn.Aminah bt Ahmad Tasir, Guru Bimbingan SKTM. En.Sofian b. Ahmad merupakan PK HEM SKTM yang baharu menggantikan Pn.Hidayat Azimah Suhaimi yang ditukarkan ke SK Bagan Serai. Sebelumnya, En.Mohd Sofian Ahmad adalah PK Kokurikulum SK Teluk Medan.

 


CERAMAH MOTIVASI 1 UPSR 2015 / MTQ DAERAH KERIAN

IMG-20150314-WA0032 motivasiSKTM Sabtu 14.03.2015

Berbeza daripada tahun-tahun lalu, ceramah motivasi UPSR 2015 siri 1 kali ini menampilkan seorang pakar terapi pengubatan tanpa ubat iaitu Tn.Hj.Nazmi b. Mohd Noor pengasas Terapi Tenaga ES2Q yang juga mantan Penolong Pengarah Jabatan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada sesi ceramah tersebut, beliau mengupas beberapa permasalahan pendidikan anak-anak serta teknik menyelesaikannya seperti pemakanan dan teknik pendidikan cara islam. Pada akhir sesi ceramah, ibu-bapa yang hadir turut berpeluang berdialog serta mengemukakan masalah kesihatan bagi mendapat nasihat rawatan daripada beliau. Peserta pada majlis tersebut ialah ibu-bapa murid tahun 5 dan tahun 6, murid-murid tahun 6 dan warga pendidik SK Teluk Medan. Sementara itu, peserta bercerita lelaki SKTM Mohamad Rafiq b. Mohd Rhidaudin telah mendapat tempat ke-2 pada Majlis Tilawah Al-quran SR Daerah Kerian 2015.

( FOTO MOTIVASI )