Category Archives: ICT

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2017

SKTM Isnin 14hb Ogos 2017.

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-60 berlangsung penuh meriah. Perhimpunan dimulakan dengan ucapan guru bertugas minggu En.Mohd Rosli Musa. Dalam ucapannya, beliau menerangkan tujuan dan objektif sambutan ulang tahun kemerdekaan dilaksanakan untuk memupuk semangat cintakan negara serta menjadi motivasi kepada semua rakyat untuk sama-sama membangunkan negara. Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-60 SKTM disempurnakan oleh Pn.Norazani bt. Mahamad, Guru Besar SKTM. Beliau turut berharap agar anak-anak SKTM belajar bersungguh-sungguh agar dapat memimpin negara serta memartabatkan agama dan bangsa pada masa hadapan. Majlis diserikan dengan nyanyian lagu tema Hari Kebangsaan Ke-60 ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ dan beberapa buah lagu patriotik. Pada Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-60 juga, Pn.Norazani Mahamad turut menyampaikan hadiah galakan kepada murid-murid tahun 6 yang mencapai kejayaan kecemerlang didalam peperiksaan percubaan UPSR lalu.

( lihat foto )

 

LADAP FROG VLE, SSQS 2017 DAN e-TUISYEN AMAN JAYA

SKTM Khamis 17.07.2017

LADAP ICT bermula jam 2.00 petang. LADAP kali ini menumpukan kepada APPS baharu yang ditambah oleh pihak FrogAsia iaitu FrogPlay. Bengkel yang dilaksanakan selama 2 jam tersebut merupakan antara program pembugaran Frog VLE 2017 yang dihari oleh semua warga pendidik SKTM. Antara pengisian lain ialah pengisian data SSQS 2017 dan bengkel e-tuisyen Aman Jaya.

LIHAT FOTO