Category Archives: KOKURIKULUM

PENUTUPAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018

SKTM Selasa 18 September 2018.

Majlis Penutupan Program Sambutan Hari Kebangsaan 2018 disempurnakan oleh Pn.Norazani Mahamad, Guru Besar SKTM. Pada majlis tersebut, acara terakhir yang dilaksanakan ialah Pertandingan Pakaian Beragam Murid Prasekolah. Antara acara yang telah dilaksanakan ialah Pertandingan Lagu Patriotik, Kuiz Frog VLE dan Hiasan Kelas. Pada majlis tersebut juga, Pn.Norazani Mahamad telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis turut diserikan dengan persembahan koir lagu patriotik dan tarian kumpulan tahun 6

LIHAT FOTO

PELANCARAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-61@2018

SKTM Jumaat 17 Ogos 2018.

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Ke-61 dimulakan dengan majlis bacaan Yasin dan disempurnakan perasmiannya oleh Pn.Norazani bt. Mahamad, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya beliau berharap agar kemerdekaan yang telah diperolehi akan dipertahankan oleh anak-anak SKTM yang akan menjadi peneraju negara pada masa hadapan. Laungan kemerdekaan dilaungkan sebanyak 7 kali penuh meriah oleh warga SKTM. Pada majlis tersebut juga Pn.Hjh.Norihan Yusuf menyampaikan ucapan akhirnya di hadapan anak-anak SKTM. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai PK Kokurikulum di SK Sama Gagah, Semanggol.

LIHAT FOTO

KEM KECEMERLANGAN DAN JATI DIRI 2018

KEM MOTIVASI MAWADDAH 11.08.2018

Kem Kecemerlangan dan Jati Diri 2018 berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Motivasi Mawaddah, Batu Kurau. Sepanjang kem tersebut, pelbagai aktiviti yang mencabar dan menarik telah dilaksanakan bagi membina jati diri anak-anak SKTM yang terlibat. Antara aktiviti yang mencabar ialah kembara hutan dan gua juga melintas kolam lintah dan titi bergayut. Antara objektif aktiviti tersebut adalah untuk membina katahanan diri dan kerjasama antara peserta kem. Pada malam hari pertama satu ceramah motivasi telah disampaikan oleh. En.Mohd Naufal, Kaunselor PPD Kerian. Kuliah-kuliah agama serta solat berjamaah merupakan aktiviti yang dapat membina jati diri peserta turut dilaksanakan. Pada kem tersebut juga, beberapa latihan kumpulan Pengakap, Tunas Puteri dan PBSM turut dilaksanakan bagi mengukuhkan pengetahuan ahli berkenaan. Kem Kecemerlangan dan Jati Diri 2018 tamat pada 12.08.2018 jam 3.00 petang. Perasmian penutup disempurnakan oleh En.Mohd Kamal Sabri, PK Pentadbiran SKTM.

Galeri Foto

Galeri 2

DIALOG PRESTASI PEP.PERTENGAHAN TAHUN 2018

SKTM Sabtu 14.07.2018

Dialog Prestasi merupakan antara program kecemerlangan kurikulum yang dilaksanakan setiap kali selepas peperiksaan berlangsung. Dialog Prestasi PPT 2018 dimulakan dengan pembentangan keputusan PPT anak-anak tahun 6 yang disampaikan oleh Pn.Norazani Mahamad, Guru Besar SKTM. Dalam pembentangannya, beliau turut menekankan pencapaian PAJSK dan Psikometrik yang akan diambilkira dalam peperiksaan UPSR nanti. Pada majlis tersebut, ibu bapa yang hadir untuk mengambil keputusan PPT anak-anak mereka berpeluang untuk berbincang dengan guru-guru akan kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka untuk diambil tindakan.

LIHAT FOTO