Category Archives: KOKURIKULUM

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018

SKTM Rabu 17.01.2018

Kejohanan Merentas Desa SKTM 2018 berlangsung mulai jam 3.30 petang. Meskipun cuaca agak panas namun ia tidak melunturkan semangat anak-anak SKTM menyertai kejohanan tersebut. Seperti tahun-tahun lalu, trek bagi merentas desa tidak berubah iaitu melalui Parit Gabis Bawah dan kembali ke sekolah. Pada kejohanan tersebut, Mohamad Syafiq Azam daripada Rumah Hijau mengekalkan kejuaraan yang disandangnya pada tahun lalu. 5 orang peserta bagi setiap kategori akan mewakili SKTM pada Kejohanan Merentas Desa MSSD Kerian yang bakal diadakan pada bulan Februari.

( lihat foto )

MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN UPSR 2017

SKTM Khamis 23.11.2017

Majlis Penyerahan Keputusan UPSR disempurnakan oleh Pn.Norazani bt. Mahamad, Guru Besar SKTM. Berbeza daripada tahun-tahun lalu, majlis pada tahun ini dilaksanakan secara sederhana tanpa mengumumkan keputusan UPSR murid dan analisa pencapaian UPSR SKTM 2017 seperti yang diarahkan oleh pihak KPM. Pada majlis ringkas tersebut, pegawai daripada Yayasan Pelajaran MARA turut hadir bagi mendapat maklum balas pencapaian anak-anak SKTM yang mendapat bantuan pendidikan daripada Yayasan Pelajaran MARA.

( lihat foto )