«

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4/2013


SKTM Jumaat 29 Jamadulakhir 1434H.
Antara pengisian Kem Bestari Solat Tahun 4/2013 ialah pertandingan wirid antara kumpulan murid. Antara tujuan utama pertandingan dilaksanakan ialah sebagai meningkatkan daya hafalan murid serta mencungkil bakat murid dalam bidang berkenaan. Kem Bestari Solat Tahun 4/2013 yang berlangsung mulai jam 2.30 petang tamat pada jam 5.00 petang tersebut dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SKTM.
(lihat foto)

SKTM JOHAN TULISAN JAWI MTQ SR KERIAN 1434H

SK WAWASAN Sabtu 23 Mac 2013.

Nurul Izzah bt. Lokman, murid tahun 6/2013 telah menjulang nama SK Teluk Medan setelah dicanang sebagai johan bagi kategori Tulisan Jawi Perempuan pada MTQ SR Daerah Kerian 2013. Dengan kejayaan ini, adik Nurul Izzah Lokman akan mewakili daerah Kerian ke MTQ SR peringkat negeri yang bakal berlangsung pada bulan hadapan. Seluruh warga SKTM mengucapkan tahniah serta mendoakan agar Nurul Izzah akan terus menempa kecemerlangan di peringkat negeri. Tahniah juga kepada jurulatih bagi kategori berkenaan Pn.Nadzirah dan rakan-rakan guru Pendidikan Islam.


MESYUARAT AGUNG PIBG 2013


SKTM Khamis 21 Mac 2013.
Mesyuarat Agung PIBG 2013 berlangsung mulai jam 3.00 petang di dewan sekolah. Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG 2013 disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM merangkap Penasihat PIBG SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah atas komitmen ibu-bapa yang bersungguh-sungguh demi melihat kegemilangan SK Teluk Medan. Beliau turut berharap agar mesyuarat agung PIBG dapat dijadikan wadah untuk berbincang serta berkongsi idea demi kemajuan anak-anak SK Teluk Medan. Sebelumnya NYDP PIBG, Ustaz Musa b. Panjang Ahmad turut berharap agar semua ibu-bapa akan sentiasa memberi sokongan akan program kecemerlangan yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pada majlis tersebut juga, seramai 100 keluarga menerima wang bantuan KWAMP daripada kerajaan yang disampaikan melalui sekolah manakala 50 keluarga menerima sumbangan berupa beras sumbangan Tn.Hj.Jamaharik Mohamad, Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Bagan Serai. Pelbagai usul dibahaskan oleh ibu-bapa pada mesyuarat tersebut yang antaranya berkaitan program kecemerlangan sekolah, sumbangan tahunan dan penambahan prasarana sekolah. Beberapa rombakan kecil jawatankuasa PIBG turut berlaku iaitu Ustaz Musa b. Panjang Ahmad telah dipilih menerajui PIBG menggantikan Tn.Hj.Darham b. Bakri yang memohon mengundur diri. Mesyuarat Agung PIBG 2013 turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid SKTM. (lihat foto)

KARNIVAL NASYID ZON BAGAN SERAI 2013

 

SMKA Kerian 16.03.2013.
Karnival Nasyid SR Zon Bagan Serai 2013 berlangsung di SMKA Kerian pada Sabtu lalu 16 Mac 2013. Pada karnival tersebut, kumpulan nasyid SK Teluk Medan hanya mampu menduduki tangga ke-3. Namun demikian kumpulan nasyid mampu menarik perhatian penonton yang hadir dengan persembahan yang menarik. Tangga pertama Karnival Nasyid SR Zon Bagan Serai 2013 disandang oleh kumpulan nasyid SK Alor Pongsu manakala tempat ke-2 oleh SK Bagan Serai. Kedua-dua kumpulan tersebut akan mewakili Zon Bagan Serai ke MTQ Daerah Kerian yang bakal diadakan pada Sabtu hadapan. (lihat foto)