Category Archives: PENDIDIKAN ISLAM

MAJLIS PELANCARAN #TANDASKU SAYANG

SKTM Isnin 5Mac 2018.

Berslogankan #Tandasku Sayang, Kempen Kebersihan dan Keceriaan Tandas SKTM dilancarkan oleh En.Mohamad Kamal b. Sabri, PK Pentadbiran SKTM. Pada majlis pelancaran tersebut, guru-guru dan murid berikrar akan bersama-sama menjaga kebersihan dan keceriaan tandas SKTM bagi keselesaan pengguna. Pada majlis tersebut juga, Pn.Juliana bt. Che Dollah, PK HEM mengumumkan SKTM telah dipilih untuk mewakili daerah Kerian bagi kategori Tandas Bersih dan Ceria 2018. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada murid yang mencapai kejayaan cemerlang dalam pertandingan sepak takraw dan badminton MSSD Kerian 2018.

( lihat foto )

MAJLIS TILAWAH, HAFAZAN DAN BERCERITA DARI AL-QURAN SR ZON BAGAN SERAI 2018

SKTM Selasa 28.02.2018

Majlis Tilawah, Hafazan dan Bercerita dari Al-Quran (MTQ) Sekolah Rendah Zon Bagan Serai berlangsung di SK Teluk Medan. Pada majlis tersebut peserta-peserta dari sekolah rendah Zon Bagan Serai mengambil bahagian dalam kategori yang dipertandingkan bagi memilih wakil yang akan bertanding pada peringkat daerah Kerian. Majlis penutupan MTQ SR Zon Bagan Serai disempurnakan oleh Tn.Hj.Mazalani b. Abdul Muhaini, Timbalan PPD Kerian. Dalam ucapannya beliau mengucapkan syabas kepada para peserta yang mendapat tempat pada MTQ tersebut dan tingkatkan usaha untuk meraih kejayaan di peringkat daerah Kerian. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi majlis tersebut.

( GALERI FOTO )

( GALERI FOTO 2 )

( GALERI FOTO 3 )

PERKHEMAHAN WAJA DIRI 2017

SKTM 17-18 November 2017.

Perkhemahan Waja Diri 2017 berlangsung seperti yang dirancang meskipun tidak dapat dilaksanakan di Kem PLKN Bukit Merah disebabkan pertindihan jadual di PLKN. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Kuliah Agama, Aktiviti Lasak, Malam Kebudayaan, Pertandingan Memasak, Jejak Maklumat dan Teknik Memasang Khemah. Majlis penutupan disempurnakan oleh En.Mohd Kamal Sabri, PK Pentadbiran SKTM. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik bagi program tersebut.

LIHAT FOTO

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN, KHATAM AL-QURAN DAN KONVOKESYEN PRASEKOLAH KPM 2017

SK TELUK MEDAN 16 NOVEMBER 2017.

Seramai 80 orang murid dan lebih 100 murid diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Anugerah Cemerlang 2017. Untuk julung kalinya 3 majlis dilaksanakan serentak iaitu Majlis Khatam Al-Quran, Anugerah Cemerlang dan Majlis Konvokesyen Prasekolah KPM 2017. Ketiga-tiga majlis tersebut disempurnakan oleh En.Firdaus b. Idris, Pegawai Khas Agama dan Kebajikan Parlimen Bagan Serai yang mewakili YB Dato’ Dr.Hj.Noor Azmi MP Bagan Serai yang tidak dapat hadir kerana sidang Parlimen. Dalam teks ucapannya, YB Dato’ mengucapkan tahniah kepada semua anak-anak SKTM yang mendapat anugerah pada majlis tersebut dan setinggi penghargaan kepada warga pendidik yang bertungkus lumus demi merealisasikan misi dan visi  pendidikan negara. YB juga berharap agar semua ibu-bapa memberikan sokongan padu serta kerjasama terhadap program kecemerlangan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Sebelumnya, Pn.Norazani Mahamad, Guru Besar SKTM menyampaikan bebrapa maklumat berkaitan program yang telah berlangsung dan kejayaan-kejayan yang telah dicapai oleh anak-anak SKTM pada tahun 2017. Pada majlis tersebut, 4 orang murid tahun 6 telah diberi anugerah khas 2017. Anugerah Kepimpinan 2017 disandang oleh Ahmad Nur Adam b. Ahmad Jais dan Muhammad Rafiq b. M.Redhaudin. Manakala Tokoh Kokurikulum disandang oleh Muhammad Naim b. Abdullah dan Tokoh Akademik 2017 disandang oleh Nur Afiqah bt. Abdullah.

GALERI KHATAM 1                                     GALERI KHATAM 2

GALERI ANUGERAH 1                                GALERI ANUGERAH 2