Category Archives: PENGURUSAN

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN, KHATAM AL-QURAN DAN KONVOKESYEN PRASEKOLAH KPM 2017

SK TELUK MEDAN 16 NOVEMBER 2017.

Seramai 80 orang murid dan lebih 100 murid diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Anugerah Cemerlang 2017. Untuk julung kalinya 3 majlis dilaksanakan serentak iaitu Majlis Khatam Al-Quran, Anugerah Cemerlang dan Majlis Konvokesyen Prasekolah KPM 2017. Ketiga-tiga majlis tersebut disempurnakan oleh En.Firdaus b. Idris, Pegawai Khas Agama dan Kebajikan Parlimen Bagan Serai yang mewakili YB Dato’ Dr.Hj.Noor Azmi MP Bagan Serai yang tidak dapat hadir kerana sidang Parlimen. Dalam teks ucapannya, YB Dato’ mengucapkan tahniah kepada semua anak-anak SKTM yang mendapat anugerah pada majlis tersebut dan setinggi penghargaan kepada warga pendidik yang bertungkus lumus demi merealisasikan misi dan visi  pendidikan negara. YB juga berharap agar semua ibu-bapa memberikan sokongan padu serta kerjasama terhadap program kecemerlangan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Sebelumnya, Pn.Norazani Mahamad, Guru Besar SKTM menyampaikan bebrapa maklumat berkaitan program yang telah berlangsung dan kejayaan-kejayan yang telah dicapai oleh anak-anak SKTM pada tahun 2017. Pada majlis tersebut, 4 orang murid tahun 6 telah diberi anugerah khas 2017. Anugerah Kepimpinan 2017 disandang oleh Ahmad Nur Adam b. Ahmad Jais dan Muhammad Rafiq b. M.Redhaudin. Manakala Tokoh Kokurikulum disandang oleh Muhammad Naim b. Abdullah dan Tokoh Akademik 2017 disandang oleh Nur Afiqah bt. Abdullah.

GALERI KHATAM 1                                     GALERI KHATAM 2

GALERI ANUGERAH 1                                GALERI ANUGERAH 2

PROGRAM JALINAN KASIH WARGA SKTM BERSAMA AMAL BIMB MALAYSIA DAN KOMUNITI TELUK MEDAN

SKTM Sabtu 16 September 2017.

Hari Malaysia 2017 SKTM lebih bermakna apabila Program Jalinan Kasih Warga SKTM Bersama Amal BIMB Malaysia berlangsung penuh ukhuwah.  Jalinan Kasih Warga SKTM Bersama Amal BIMB Malaysiadisempurnakan perasmiannya oleh En.Khirrilanuar b. Zakaria, Pengerusi Perniagaan BIMB Negeri Perak. Dalam ucapannya, beliau merakamkan terima kasih kepada seluruh warga SKTM dan komuniti Teluk Medan yang menyambut baik cadangan pihak Amal BIMB untuk mengadakan program di SK Teluk Medan. Beliau juga berharap agar ukhuwah yang terjalin akan terus berpanjangan sehingga bila-bila. Antara pengisian yang paling menarik adalah ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah selebriti terkemuka PU YEOP yang dibawa oleh pihak Amal BIMB. Selain itu, program gotong royong membersihkan bahagian hadapan sekolah dan pertandingan bola sepak dan bola jaring turut berlangsung penuh meriah. Pada majlis  Jalinan Kasih Warga SKTM Bersama Amal BIMB Malaysia itu juga, pihak Amal BIMB telah menyampaikan sumbangan zakat kepada 50 murid asnaf dari kalangan anak-anak SKTM berjumlah RM10000 dan sumbangan RM5000 bagi menaiktaraf surau sekolah. Majlis  Jalinan Kasih Warga SKTM Bersama Amal BIMB Malaysia dan Komuniti Teluk Medan berakhir dengan jamuan makan tengahari.

( galeri foto 1 )

( galeri foto 2 )