Category Archives: UMUM

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA DAN SUKANEKA PRASEKOLAH 2018

SKTM Khamis 19.04.2018
Kejohanan Sukan Olahraga dan Sukaneka 2018 dirasmikan pembukaannya oleh Tn.Hj.Johari Md.Saman, Penyelia Pembangunan PPD Kerian manakala perasmian penutupan disempurnakan oleh YBhg Dato’ Dr.Hj.Noor Azmi b. Ghazali. Kedua-dua perasmi tersebut menekankan kepentingan bersukan bukan sahaja untuk kesihatan diri malahan merupakan satu bidang yang boleh menjana pendapatan kepada diri dan ekonomi negara.
Acara kejohanan dan sukaneka berlangsung seperti yang dirancang serta penuh meriah. Pada kejohanan tahun ini, Rumah Merah mengekalkan kejuaraan tahun lalu. Pada kejohanan tahun ini, adik Syafiq Azam telah dicanang sebagai Olahragawan 2018 manakala Olahragawati 2018 disandang oleh adik Puteri Bussaina Batrisyia.
GALERI FOTO 1

GALERI FOTO 2

GALERI FOTO 3