DIALOG PRESTASI DAN PENYERAHAN KEPUTUSAN PAT 2017

SKTM Rabu 22.11.2017

Majlis Dialog Prestasi dan Penyerahan Pelaporan PAT 2017 dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pn.Norazani bt.Mahamad, Guru Besar SKTM. Beliau menumpukan pencapaian anak-anak tahun 5 dengan menerangkan beberapa elemen pentaksiran PBS yang bukan semata-mata menekankan kepada pencapaian akademik tetapi aspek psikometrik dan PAJSK serta beberapa perkara lain lagi yang dinilai. Pada majlis itu juga, ibu-bapa berpeluang untuk bersemuka dengan guru-guru bagi mendapat maklumat berkaitan pencapaian anak-anak mereka di dalam peperiksaan akhir tahun 2017. Sementara itu, ibu-bapa murid kelas lain daripada tahun 1 hingga tahun 4 turut berpeluang bertemu dengan guru-guru di kelas masing-masing.

( lihat foto )