DIALOG PRESTASI KALI PERTAMA 2019

SKTM Jumaat 22.03.2019

Program dialog prestasi dilaksanakan bagi memberi maklumat kepada ibu-bapa murid akan perkembangan pembelajaran anak-anak sepanjang 3 bulan sesi persekolahan 2019. Samatelah pula ibu-bapa tertanya-tanya bagaimana penilaian murid melalui Pentaksiran PBD yang diperkenalkan oleh pihak KPM mulai tahun 2019. Sesi penerangan disampaikan oleh Pn.Norazani bt. Mahamad, Guru Besar SKTM. 2 minggu sebelumnya, ibu-bapa murid tahap 2 turut dijemput dalam majlis dialog prestasi murid tahap 2. Ibu-bapa diberi peluang untuk bersemuka dengan guru-guru bagi mendapat penjelasan berkaitan prestasi anak-anak mereka.