KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2018

SKTM 3 April 2018.

Bertemakan “Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari” Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) peringkat SKTM dilancarkan oleh Pn.Norazani Mahamad, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau berharap program yang dilaksanakan selama 3 hari itu akan menanamkan budaya membaca dalam kalangan warga SKTM. Kem Membaca 1Malaysia merupakan program tahunan KPM yang dilaksanakan oleh Pusat Sumber Sekolah bagi meningkatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat sekolah. Pada peringkat SKTM, KM1M turut dikelolakan oleh Unit PSS SKTM yang diterajui oleh Pn.Harina Zaniol, Guru PSS SKTM. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan bakal dilaksanakan bermula hari ini sehingga Khamis 05.04.2018.

( GALERI FOTO KM1M 2018 )

PELANCARAN BULAN ANTI DADAH (PPDa) 2018

 

SKTM Isnin 26.03.2018

Majlis Pelancaran Bulan Anti Dadah (PPDa) SKTM 2018 dimulakan dengan ucapan Pengarah Anti Dadah Kebangsaan yang dibacakan oleh Pn.Juliana Che Dollah, PK HEM SKTM. Salam teks ucapannya, beliau berharap dengan tema ” Komuniti Kita Tanggung Jawab Kita ” akan menyedarkan masyarakat bahawa tugas membenteras penagihan dadah tidak hanya dipikul oleh pihak kerajaan sahaja malahan semua pihak bertanggungjawab perlu bekerjasama bagi melahirkan generasi Malaysia yang bebas dadah. Sebagai gimik pelancaran, Guru Besar SKTM bersama guru-guru Penolong Kanan menurunkan tanda tangan pada sehelai baju sebagai tanda sokongan program PPDa sekolah. Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar bersama membenteras dadah oleh warga SKTM dan diakhiri dengan menyanyikan lagu ” Belia Benci Dadah “.

( lihat foto )