MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN UNTUK CALON UPSR 2018

Masjid Jamek Al-Athar, Masjid Tinggi Khamis 10 Muharram 1440H.

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin untuk calon UPSR 2018 berlangsung selepas solat Maghrib di Masjid Al-Athar, Masjid Tinggi. Pada majlis tersebut, ibu-bapa murid SKTM hadir bersama komuniti kampung Teluk Medan bagi mendoakan sebagai motivasi kepada anak-anak tahun 6 yang akan menjalani UPSR mulai minggu hadapan. Majlis dipimpin oleh Tn.Hj.Hamid Nordin dan Tn.Hj.Hamid Bakar, Imam Masjid Al-Athar. Sebelumnya, En.Mohd Kamal Sabri menyampaikan ucapan mewakili warga SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh penduduk Teluk Medan dan JK Masjid Al-Athar yang hadir menjayakan majlis berkenaan.

LIHAT FOTO