MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2019

SKTM Isnin 18.02.2019

Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah KPM 2019 berlangsung seperti yang dirancang. Program Jom Ke Sekolah KPM yang dilaksanakan serentak di seluruh negara bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid akan pentingnya hadir ke sekolah setiap hari agar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Program dilaksanakan dengan kerjasama pihak PDRM dan PIBG Sekolah. Pada majlis tersebut Sarjan Mastiah bt. Itam hadir mewakili PDRM serta membaca perutusan daripada Ketua Polis Negara. Pada majlis tersebut juga, pihak sekolah menyampaikan beberapa hadiah kepada murid-murid yang hadir setiap hari sepanjang persekolahan 2019. Turut hadir ialah YDP PIBG SKTM.

LIHAT FOTO

MESYUARAT AGUNG PIBG 2019 DAN MAJLIS BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

SKTM Sabtu 26 Januari 2019.

Mesyuarat Agung PIBG 2019 dan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2019 disempurnakan oleh Tn.Hj.Azman b. Ghazali, Pegawai Statistik Parlimen Bagan Serai yang mewakili YB Dato’ Hj. Noor Azmi Ghazali, Ahli Parlimen Bagan Serai. Dalam ucapannya, beliau berharap agar semua ibu bapa dapat bekerjasama dengan pihak sekolah bagi merealisasikan Misi dan Visi pendidikan anak-anak SK Teluk Medan. Beberapa usul telah dibincangkan pada mesyuarat agung tersebut berkisar kepada kecemerlangan anak-anak SK Teluk Medan. Pada Mesyuarat Agung PIBG 2019, En.Mohd Sham b. Osman telah dilantik untuk menerajui PIBG SKTM Sesi 2019-2021 manakala En.Norfazli b. Samad dipilih sebagai NYDP. Pada hari ini juga, pihak sekolah juga menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan 2019 kepada ibu bapa murid yang layak.

LIHAT FOTO