PELANCARAN ‘PEERS’ PRASEKOLAH 2017

SKTM Isnin 09 Oktober 2017

Program Pendidikan Reproduktif dan Sosial Prasekolah disempurnakan majlis pelancarannya oleh Pn.Norazani bt. Mahamad, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau berharap agar anak-anak SKTM menyedari bahawa keselamatn diri perlu dijaga bagi mengelakkan ancaman penderaan seksual kanak-kanak dengan melaporkan segala kejadian kepada guru dan ibu-bapa. Beliau juga berpesan agar anak-anak SKTM memilih rakan-rakan yang tidak mendorong kepada melakukan salah laku berkaitan perkara di atas. Menurut beliau lagi, program itu menjadi satu daripada usaha pihak KPM untuk memberi pendedahan kepada murid prasekolah bagi mengelakkan diri mereka menjadi mangsa jenayah seksual.Melalui program itu murid akan didedahkan kepada jenis sentuhan tidak selamat dan tidak selesa yang dapat membantu mereka mengenal pasti keadaan dan seterusnya melaporkannya kepada ibu-bapa atau guru. Pada majlis tersebut juga, Pn.Norazani Mahamad turut menyampaikan hadiah kepada anak-anak SKTM yang menyertai Kejohanan Boling Tenpin di Ipoh minggu lalu.

LIHAT FOTO PELANCARAN