Aktiviti PPDa SKTM

A.PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
1. PERKEMBANGAN STAF

Perkembangan staf merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan memerangi dadah dalam PPDa. Program ini boleh menjana kekuatan dan kebekesanan PPDa di sekolah

OBJEKTIF
· Memberi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran mengenai bahaya dadah.
· Meningkatkan kemahiran PPDa.
· Memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran PPDa merentasi kurikulum.
· Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran PPDa kepada warga sekolah

2. PROGRAM GERAK SEDAR BERSEPADU (PROGRESS)

Program Gerak Sedar Bersepadu adalah satu aktivti dalam bentuk kempen yang boleh menimbulkan kesedaran untuk menjauhi dadah. Program ini dilaksanakan secara bersepadu melibatkan pihak sekolah, PDRM, Agensi Dadah kebangsaan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Agama dan PEMADAM.

3. UJIAN URIN MURID

Ujian Urin Murid merupakan langkah pencegahan awal yang bertujuan utnuk mengesan murid yang disyaki mencuba dadah

OBJEKTIF

· Mengesan murid yang terlibat dengan dadah.
· Memberi bimbingan Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid yang positif urin

4. MINGGU ANTIDADAH

Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Narkotik (UNCND) telah mengisytiharkan bahawa 26 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa manakala kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pada 19 Februari setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Kedua-dua minggu ini perlu diisi dengan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah supaya hasrat kita menjadi Sekolah Bebas Dadah akan tercapai.

B. AKTIVITI KURIKULUM

1. MESEJ JAUHI DADAH

Mesej Jauhi Dadah ini merupakan inovasi daripada Program Cuma 5 Minit Antidadah. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa kepada warga sekolah. Program yang menggunakan pendekatan kurikulum ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa.

OBJEKTIF

·Memberi maklumat pendidikan pencegahan dadah kepada warga sekolah.
·Memberikan kesedaranbahaya dadah kepada warga sekolah ke arah gaya hidup cemerlang.
·Meningkatkan kemahiran menyampaikan maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah kepada
warga sekolah.

2. PROGRAM INTELEK ASUHAN ROHANI (PINTAR)

Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) merupakan satu program terasa pendidikan pencegahan dadah di sekolah rendah berasaskan kurikulum dan kokurikulum.Program ini dilaksanakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

3. CERAMAH ANTIDADAH

Ceramah Antidadah merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan untuk memerangi dadah.Aktiviti ini boleh digunakan untuk menyampaikan mesej PPDa secara menyeluruh kepada kumpulan sasaran.

4. PAMERAN ANTIDADAH

Pameran Antidadah merupakan antara aktiviti pencegahan dadah yang berkesan dalam menyampaikan mesej bahaya dadah.

OBJEKTIF

· Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan dadah.
· Memberi kesedaran dan menyemai perasaan benci akan dadah.
· Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi dadah.

C. AKTIVITI KOKURIKULUM

1. SKIM LENCANA ANTIDADAH

Skim Lencana Antidadah (SLAD) adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli Persatuan Pakaian Seragam Menengah dalam aktiviti antidadah di sekolah dan akhirnya kepada masyarakat luar.

2. PERKHEMAHAN SKIM LENCANA ANTIDADAH

Perkhemahan Skim Lencana Antidadah (SLAD) di peringkat sekolah atau Jambori SLAD bagi pelaksanaan diperingkat negeri dan daerah merupakan satu program perhimpunan tahunan ahli-ahli Skim Lencana Antidadah sekolah menengah. Menerusi Perkhemahan ini, setiap ahli akan didedahkan dengan pelbagai pendekatan dan strategi pendidikan pencegahan dadah.

3. AKTIVITI SENI JAUHI DADAH

Aktiviti Seni Jauhi Dadah adalah sebahagian daripada strategi Pendidikan Pencegahan Dadah yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid terhadap kesan buruk dan bahaya penggunaan dadah.

OBJEKTIF
·Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat
mengenai bahaya dadah.
·Menggunakan aktiviti kesenian sebagai media ke arah memberi kesedaran
pencegahan dadah kepada murid.
·Mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di kalangan
murid.

PENGISIAN
Ø Dikir Barat Antidadah-Menengah
Ø Poster Antidadah –Rendah,Menengah Rendah dan Menengah Atas
Ø Penulisan Sajak Antidadah-Menengah
Ø Deklamasi Sajak Antidadah-Rendah dan Menengah
Ø Boria Antidadah-Rendah
Ø Nasyid Antidadah-Menengah
Ø Buku Skrap Antidadah-Menengah

D. PEMBENTUKAN SAHSIAH

1. KEMAHIRAN PERSONAL/INTERPERSONAL

Usaha memberi kemahiran personal dan interpersonal kepada murid merupakan
aktiviti yang sangat baik dan sememangnya digalakkan.Usaha ini akan membantu murid menjadi individu yang pandai mengurus diri,bertingkah laku positif,mahir berinteraksi dan berpotensi menjadi pemimpin yang cemerlang.

2. KAUNSELING PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Kaunseling Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) berperanan untuk membantu murid yang telah dikesan terlibat dengan dadah.Mirid boleh mendapatkan perkhidmatan Kaunseling PPDa ini secara sukarela atau dirujuk.

3. PROGRAM INTERVASI PELAJAR(PIP)

Program Intervasi Pelajar ini dilaksanakan bertujuan memantau dan membantu murid yang didapati positif urin.

4. KOLOKIUM KEPIMPINAN PPDa

Kolokium Kempipinan PPDa merupakan program pengukuhan pendidikan pencegahan dadah di sekolah demi melahirkan pemimpin murid yang berketrampilan dan berkeupayaan menyampaikan mesej antidadah.

5. PROGRAM WAJA DIRI

Program Waja Diri memberi fokus kepada pembangunan sahsiah dan disiplin diri di kalangan murid.

6. PROGRAM KEIBU BAPAAN

Program keibu bapaan merupakan satu pendekatan untuk menggemblengkan tenaga semua pihak termasuk ibu bapa dalam usaha membanteras masalah dadah. Usaha yang bersepadu , berwawasan dan penbglibatan yang aktif ibu bapa akan dapat mewujudkan kesedaran maksimum di kalangan generasi muda dalam membina sikap membenci dan menjauhi dadah.