PROGRAM JALINAN KASIH WARGA SKTM BERSAMA AMAL BIMB MALAYSIA DAN KOMUNITI TELUK MEDAN

SKTM Sabtu 16 September 2017.

Hari Malaysia 2017 SKTM lebih bermakna apabila Program Jalinan Kasih Warga SKTM Bersama Amal BIMB Malaysia berlangsung penuh ukhuwah.  Jalinan Kasih Warga SKTM Bersama Amal BIMB Malaysiadisempurnakan perasmiannya oleh En.Khirrilanuar b. Zakaria, Pengerusi Perniagaan BIMB Negeri Perak. Dalam ucapannya, beliau merakamkan terima kasih kepada seluruh warga SKTM dan komuniti Teluk Medan yang menyambut baik cadangan pihak Amal BIMB untuk mengadakan program di SK Teluk Medan. Beliau juga berharap agar ukhuwah yang terjalin akan terus berpanjangan sehingga bila-bila. Antara pengisian yang paling menarik adalah ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah selebriti terkemuka PU YEOP yang dibawa oleh pihak Amal BIMB. Selain itu, program gotong royong membersihkan bahagian hadapan sekolah dan pertandingan bola sepak dan bola jaring turut berlangsung penuh meriah. Pada majlis  Jalinan Kasih Warga SKTM Bersama Amal BIMB Malaysia itu juga, pihak Amal BIMB telah menyampaikan sumbangan zakat kepada 50 murid asnaf dari kalangan anak-anak SKTM berjumlah RM10000 dan sumbangan RM5000 bagi menaiktaraf surau sekolah. Majlis  Jalinan Kasih Warga SKTM Bersama Amal BIMB Malaysia dan Komuniti Teluk Medan berakhir dengan jamuan makan tengahari.

( galeri foto 1 )

( galeri foto 2 )